Jumaat, 6 Mac 2009
Adakah CINTA memerlukan sebab???
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu..... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu....sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Hanya Jenaka Jer
Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.
Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan dia pun dibunuh.
Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka dia pun dibunuh.
Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"
Lawak Pendek.....
Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa??? (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.
Atuk: Tak sama apanyerr???
Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?
Atuk:???????
Rabu, 4 Mac 2009
semalam adalah tarikh yg wat aku tak sangka²... memang xsangka sbb aku terserempak dgan some1 yg penah aku admire sesngat ms aku 18thun... cmni, smlm masa nak lik keje tu aku singgahla maxis nk btul kan hp aku ni..,line nye probs tak bole nak call out n sms.. lame gak la aku tunggu.. pstu abg tu decide nak tuko kn sim card aku ni je, n aku bole on after 2jam.. can u imagine??
jam 6.45 bru la aku kua dari maxis tuh.. pstu hsemate aku ajak gi angsana, saje je jenjalan.. window shopping je la...hikhik..kalu la duit aku lebat..alamatnye memang shopping sakan aku.. huh ntah macam mane tibe² mata aku ni terpandang sepasang couple merpati dua sejoli yang begitu menarik perhatian aku..guess what?? die la si mamat yang aku admire tu.. oh god, cemburukah aku?? bukan? aku bukan cemburu cume ntah la..aku pun xpasti ape yang aku rase skng ni... cume tibe² tu terbayang cm mane aku n die bertemu untuk pertama kali nye... indah sngt time tu..( pda aku la... ) he's so cool n gentleman. n aku cume smpat mengenali die sbulan je lpas tu die baik semula dgan girlfrenz
die..
Nama die mazlan mohamed..die memang baik.. honestly aku pnah rse in love at da 1st aku jmpe die.. die xla ensem sgt cume ntah, mayb personality die yg mnarik perhatian aku.. tp pelik smlm mase terserempak tu die lain je.. xmacm dlu, mayb sbb die dgan some1 yang die luv kut..nobody know,right? Tpi tula, aku memang xsangka aku leh terserempak dgan die after a few a years...Apepun aku hepi tgok die bahagie.. die berhak utk merasa bhagie dgn siapapn pilihan nye.. utk lan, kawen t jgn xjmput nana tau..
Selasa, 3 Mac 2009
ntah la...
Satu : Apakah yang sedang anda lakukan ?
tgh keje.. tp xde keje nk wat..buhsan.
Dua : Apakah yang bermain di fikiran anda ?
ai, lme nye nk lik..:(
Tiga : Siapakah yang sedang anda bercakap?
ckp dlm ati.. npe b xangkat aku tepon ek..pelik la..
Empat : Siapakah yang ada kedua dalam activ5 anda ?
erk.. xde active5 ler.. gune line jdik nye activ10....
Lima : Apakah yang sedang anda pakai ?
kurung + tudung + ksut tumit itam
Enam : Apakah yang anda lakukan sebaik saja bangun tidur ?
tgok hp..sbb nk matikan alarm..mekak je pepagi
Tujuh : Siapakah Lelaki yang selalu bersayang sayang bersama anda ?
my hubby..cyg b
Lapan : Apakah Coklat Kegemaran Anda ?
sume jenis coklat...yummy yummy
Sembilan : Aktor Paling HOT yang tidak anda Gemari
nth ek..
Sepuluh : Orang yang paling LAST anda bersama ?
bersama??? byk mkne nye tuh...
Terakhir Sekali , Soalah Cepuk MAS !
tag kan 5 orang dalam Tagg ini
tp nana xtau nk tag sape...
jdik nye kpd spe2 yg baca blog aku ni lah
Cantiknya Wanita Itu......♥
Bukan kerana merah kilauan lipstik
Pada bibir memekar senyuman kosmetik
Tetapi pada keperibadian terpelihara
Kelembutan kesopanan menghiasi jiwa
Cantiknya seorang wanita itu sebagai REMAJA
Tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
Untuk menggoda pandangan nafsu mata
Tetapi pada kehidupan terjaga
Dari menjdai mangsa tohmahan dunia
Cantiknya seorang wanita itu sebagai HAWA
Tidak kerana bijak meruntun iman kaum Adam
Sehingga turunkan insan ke dunia
Tetapi menjdi pembakar semangat perwira
Menjadi tunjang perjuangan syuhada
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ANAK
Tidak menjerat diri pada lembah kedurhakaan
Mengalir mutiara di kelopak mata
Tetapi menjadi penyelamat ibu bapa
Pada hari kebangkitan bermula
Cantiknya seorang wanita itu sebagai ISTERI
Bukan kerana peneraju kerjaya dalam rumahtangga
Tetapi sentiasa bersamaMenempuh badai disisi suami tercinta
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MENANTU
Bukan kerana kemewahan dimata
Tetapi bijak dalam menjauhi persengkolan ipar lamai
Menjadi penghibur hati permata kehidupan
Cantiknya seorang wanita itu sebagai IBU
Bukan terletak pada kebangkitan anak
Dalam setiap pertelingkahan
Tetapi dibawah lembayung kejayaan
Membuai anak dikala suami menjalin impian
Cantiknya seorang wanita itu sebagai MERTUA
Tidak kerana berjaya meruntuh istana
Tetapi jalinan kasih sayang
Tulus hati mengagih kasih setara pada semua
Cantiknya seorang wanita itu sebagai NENEK
Bukan memberi harta dunia
Sehingga generasi lupa
Tetapi menjadi pada pendita
Menjaring teladan para anbia pada anak bangsa
Cantiknya wanita itu sebagai MUSLIMAH
Bukan kerana keindahan paras rupa
Sehingga menjadi ingauan mataTetapi berpegang Akidah Solehah
Disebalik tirai jiwaMengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
Mengharap keredhaan kehidupan awana
Taman Cinta...

Jumaat, 27 Februari 2009
Gambar ni di ambil masa raya hri tu.. adik² nana.. muhammad & haikal...nana nak tag :0
cik notty
witty angel
epi
uzair zain
salju
cik huda
hehehe
Khamis, 26 Februari 2009
BUHSAN!!!!!
Selasa, 24 Februari 2009
Mukjizat di sebalik BISMILLAH
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari
lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang
Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.2) "BISMILLAH
untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3) Tatkala BISMILLAH
diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.
4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu
dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan diatas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke
atasnya.
5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka
bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas ' ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari
19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "
8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya
Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan
segala dosa kedua orang tuanya.
9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.
10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran,
maut mendadak dan bala.
11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."
Jumaat, 20 Februari 2009
TERIMA KASIH CINTA
Tersadar di dalam sepiku
Setelah jauh melangkah
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekap tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
Tanpamu tiada berarti
Tak mampu lagi berdiri
Cahaya kasihmu menuntunku
Kembali dalam dekapan tanganmu
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semua kesalahanku yang pernah menyakitimu
ouuwwww…ouuwwww…
Terima kasih cinta untuk segalanya
Kau berikan lagi kesempatan itu
Tak akan terulang lagi
Semuaaa kesalahanku
oouuwww
Kesalahanku yang pernah menyakitimusuka dengan lagu ni..touching
Jumaat datang lagi
cam biasa la aku... sempat lagik nak bergambar.. ni la mbe aku yg cun tu
tapi yg best nye hari jumaat ni ms nye pendek je.. sbb time rehat lame giler..
bayangkan dr kul 12.15 sampai 2.45.. fuh byk bende blh wat.. slalu nye kalu poket ade wit lebih kit, sampi ke kotaraya la jawab nye tak pun ke city square..
tp time ujung² bulan ni,duk je la kt opis tercinta.. di samping tgu waktu nk lik.. biasala kalu hari jumaat ni mood keje dah xbyk.. kepala dh pk nk cuti je nk ke mane.. hhuhuhu tp rase nya aku xlik kg minggu ni kut..duk je la kt umah tu..
INDAHKAN DETIK BERCINTA..
1. Tulis dan tampal
Tulis ucapan cinta di atas sekeping nota kecil dan tampal di tempat yang tidak diduga. Contohnya di kerusi atau dashboard kereta si dia atau di komputer riba atau di halaman surat khabar yang akan dibacanya.
2. Iklan di surat khabar
Cinta itu sememangnya mengasyikkan sehingga terbawa-bawa bersama ombak asmara. Cinta boleh menjadikan pasangan kurang siuman, bahkan cinta juga mengajar pasangan itu erti kewarasan.Demi membuktikan kesetiaan cinta kamu terhadapnya, lakukan sesuatu yang tidak diduga dengan cara memasukkan iklan menerusi surat khabar yang sering dibaca dan deklamasikan sebuah puitis cinta kamu kepadanya.
3. Bukukan cinta
Catatkan kisah perjalanan cinta kamu berdua dalam sebuah buku. Kirimkan novel tersebut pada hari paling bahagia kamu berdua. Contohnya pada Hari Valentine, hari jadi atau ulang tahun percintaan kamu berdua.
4. Pesanan cinta
Rakamkan beberapa baris pesanan cinta kamu terhadapnya atau nyanyikan sebuah lagu kegemaran kamu berdua, lalu kirimkan kepadanya. Lebih canggih, tinggalkan pesanan cinta menerusi Khidmat Pesanan Suara atau voice mail, menerusi MP3 atau video call untuk mengungkapkan rasa cinta kamu terhadapnya.
5. Koleksi SMS
Kumpul semua SMS atau e-mel cinta yang kamu terima daripadanya dan tuliskan di dalam sebuah buku. Kemudian, kirimkan buku tersebut kepadanya. Letakkan tarikh kiriman serta masa penghantaran SMS atau e-mel yang dikirimkan itu. Cara ini membuktikan kamu menghargai setiap apa yang diucapkannya.
6. Biarlah jari berbicara
Lakukan permainan jari setiap kali bertemu dengannya. Tulis kata-kata cinta kamu di setiap hujung jari di saat dia memegang erat jari-jemarimu.
7. Menyusun puzzle
Kirimkan permainan puzzle yang bertulis I Love You menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau SMS. Hantarkan satu per satu perkataan agar si dia tidak sabar menanti setiap huruf yang akan kamu kirimkan kepadanya.
8. Cinta dalam 100 bahasa
Belajar menyatakan ’saya cinta kamu’ dalam 100 bahasa dan kirimkan kepadanya setiap hari.
9. Kirimkan hidangan tengah hari
Saat kamu mengirimkan hidangan kesukaannya, jangan lupa sematkan ucapan ’saya cinta kamu’ di atas kotak polisterina. Menghantar mesej cinta pada sebiji buah-buahan juga memberi makna tersurat kepadanya.
Khamis, 19 Februari 2009
akhirnya diha bertunang gak

congrts.. ni masa diha tunang my sweet bestfrenz.. ur so sweet

Kita akan terus merasa bahagia apabila orang merasa senang dengan kita dan mencintai kita seperti mencintai diri nya sendiri...

Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, tp yang tinggal hanyalah kenangan....
Rabu, 18 Februari 2009
Assalamualaikum wbt...
hai..
saya mulakan my first
posting dalam blog ni secara official pada hari ni dengan rasminya di alamat http://justluv-lalink.blogspot.com
nama saya Nurul Raihanah binti Abd
Rahman.. mesra dgn nama nana je. 11hb mac ni genap la umo nana 23thun.. jgn lupe
bg adiah tau..hehe wish je pn xpe..msih bujang ea...xkawen g..ade ke orng nk?? hehe
xtau nk
tulis pe ek...orang kata blog ni dah macam diari kita..so nanti² kan la episod
yg sterusnya yg ade dlm idup nana ni..
nana ni
simple, chubby ..n hepy hepy go lucky..





